Sejarah istilah "kuasa kuda" Kuasa_kuda

Perkembangan bagi enjin wap menjadi alasan kukuh bagi menyamakan kuasa bagi kuda dengan enjin yang boleh menggantikannya. Pada tahun 1702, Thomas Savery menulis di dalam The Miner's Friend: "Supaya sebuah enjin yang boleh mengangkat sejumlah air yang mampu diangkut oleh dua ekor kuda, bekerja bersama dalam satu-satu masa setiap kali melakukan kerja, mampu melakukan, serta bagi yang mana mesti ada kuda simpanan sebanyak sepuluh atau dua belas ekor bagi melakukan kerja yang sama. Kemudian saya berkata, enjin sedemikian mungkin dibina cukup besar bagi melakukan kerja yang biasanya memerlukan lapan, sepuluh, lima belas, atau dua puluh ekor kuda untuk diselenggara secara berterusan dan dijaga bagi melakukan kerja sedemikian..." Istilah "kuasa kuda" kemudian diguna pakai oleh James Watt untuk membantu memasarkan enjin wap buatannya yang diperbaharui. Beliau sebelum ini telah bersetuju untuk mengambil royalti sejumlah satu pertiga daripada jumlah penjimatan arang batu daripana enjin wap Newcomen yang lama.[6] Skim royalti ini tidak dapat dilakukan pada pelanggan yang sebelum ini tiada enjin wap tetapi menggunakan kuda. Watt menetapkan bahawa seekor kuda mampu memutar roda kincir sebanyak 144 kali sejam (atau 2.4 kali seminit). Roda kincir tersebut berjejari 12 kaki, maka kuda tersebut bergerak 2.4 × 2π × 12 kaki seminit. Watt membuat kesimpulan bahawa kuda tersebut boleh menarik dengan daya 180 paun (dengan menganggap ukuran jisim bersamaan dengan ukuran daya dalam unit paun-daya, yang masih belm dapat didefinisikan pada masa itu). Oleh itu:

k u a s a = k e r j a m a s a = d a y a × j a r a k m a s a = ( 180  lbf ) ( 2.4 × 2 π × 12  ka ) 1   min = 32 , 572 ka ⋅ lbf min . {\displaystyle kuasa={\frac {kerja}{masa}}={\frac {daya\times jarak}{masa}}={\frac {(180{\mbox{ lbf}})(2.4\times 2\pi \times 12{\mbox{ ka}})}{1\ {\mbox{min}}}}=32,572{\frac {{\mbox{ka}}\cdot {\mbox{lbf}}}{\mbox{min}}}.}

Nilai ini dibundarkan kepada 33,000 ka·lbf/min.[7]

Pihak lain berpendapat bahawa Watts menetapkan seekor kuda kecil dapat mengangkat purata 220 paun sejauh 100 kaki (30 m) seminit bagi syif bekerja 4 jam. Watt kemudian membuat kesimpulan seekor kuda adalah 50% lebih berkuasa daripada kuda kecil maka angka 33,000 ka·lbf/min diperolehi.

Engineering in History menyatakan bahawa John Smeaton asalnya menganggarkan seekor kuda mempu menghasilkan kuasa 22,916 kaku-paun seminit. John Desaguliers meningkatkan nilai tersebut kepada 27,500 kaki-paun seminit. "Watt menemui di dalam eksperimen tahun 1782 bahawa seekor kuda mampu menghasilkan 32,400 kaki-paun seminit". James Watt dan Matthew Boulton kemudian menyeragamkan angka tersebut kepada 33,000 pada tahun seterusnya.[8]

Dari segi perspektif, seorang manusia yang sihat mampu menghasilkan 1.2 hp dalam masa singkat dan mengekalkan lebih kurang 0.1 hp, manakala atlit terlatih mampu mengekalkan sehingga lebih kurang 0.3 kuasa kuda dalam masa beberapa jam.


Kuasa kuda bagi seekor kuda

R. D. Stevenson dan R. J. Wasserzug menerbitkan sebuah rencana di dalam Nature 364, 195-195 (15 Julai 1993) mengira had atas bagi keluaran kuasa seekor kuda. Kuasa puncak selama beberapa saat diukur dengan nilai setinggi 14.9 hp. Walau bagaimanapun, bagi jangka masa panjang pula seekor kuda secara purata menghasilkan kurang daripada satu kuasa kuda.